TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH : DARI CHEROK TOK KUN KE GOMBAK

Seperti yang kita semua sedia maklum, dadah merupakan musuh utama kehidupan kita. Hari demi hari pelbagai isu dan kes yang berlaku akibat najis dadah. Di atas sikap penuh tanggungjawab untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahayanya dadah, Atlas One Events Sdn Bhd, Resdongs Entertainment dan Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT bersama sama rakan strategik iaitu Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu & Warisan, Pemadam Selangor, Pemadam Pulau Pinang dan FUFC The Fighters bakal menghidangkan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Gombak yang pastinya membawa kelainan kepada masyarakat umum. Mesej anti dadah kali ini akan disampaikan melalui pementasan teater yang akan disulami dengan gelak ketawa para penonton yang hadir kelak. Berikut adalah sinopsis penceritaan teater tersebut :

 

Bahagian Pertama : Di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang Sekumpulan penduduk Cherok Tok Kun, Pulau Pinang telah menerima jemputan untuk mengadakan satu persembahan Boria bagi Majlis menyambut sekumpulan Delegasi yang datang dari negara Jepun. Majlis tersebut bakal berlangsung di Gombak, Selangor dalam masa dua minggu. Mereka cuba sedaya upaya, untuk menyiapkan persembahan Boria itu walaupun dalam masa yang suntuk. Sepanjang proses latihan, pelbagai masalah yang mereka hadapi memandangkan Tukang Karang (penyanyi utama Boria) mereka merupakan seorang penagih dadah yang mempunyai masalah disiplin. Dalam pada masa yang sama, tempat latihan mereka turut sering diganggu dengan kehadiran makhluk halus.

 

Bahagian Kedua : Di Gombak, Selangor Darul Ehsan Setibanya di Gombak, Selangor Darul Ehsan kumpulan penduduk Cherok Tok Kun menyedari bahawa banyak lagi persiapan yang perlu mereka lakukan untuk memastikan persembahan Boria mereka sempurna untuk delegasi Jepun. Tukang Karang mereka juga sentiasa menimbulkan masalah dan kumpulan ini perlu cekal dan saling bantu membantu diantara mereka agar persefahaman ini membawa muafakat. Teater Komedi Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Gombak ini bakal dijayakan oleh pelawak pelawak dan selebriti selebriti terkenal tanahair seperti Mamak Puteh, Ali Puteh, Kumpulan Kiut, Abu Mamu, Abang Gee, Wan Raja, Ropie, Bell Ngasri, Lanun serta penampilan istimewa Juara Gegar Vaganza 2016, Azharina, figura awam dan juga pengurus kepada Azharina iaitu Jojie Aminuddin serta penyanyi baru Dylea. Azharina juga bakal menyampaikan sebuah lagu pada malam pementasan teater tersebut. Pementasan ini bakal di arahkan oleh Saudara Hasrol Hisham Bin Mohd Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Lanun dari Resdongs Entertainment. Semoga pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Gombak dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat di luar sana terutama para belia tentang bahayanya najis dadah dan jauhilah dadah. Sesungguhnya sang juara tidak perlukan dadah.

 

#ctkkegombak #juaratidakperlukandadah

TARIKH, LOKASI & MASA

Tarikh : 22 & 23 Mac 2019 (Jumaat & Sabtu)
Lokasi : Teater Shah Alam
Masa : 8.30 malam

HARGA DAN PEMBELIAN TIKET 

Harga Tiket
RM 60 (tiket biasa)
RM 120 (tiket VIP termasuk Tshirt istimewa)

Telefon / Whatsapp No
010 7616844
012 561 8434
012 250 0101

Pelan Tempat Duduk

WATAK LAKONAN

Mamak Puteh : Tukang Karang Boria / Penagih Dadah
Ali Puteh : Wakil delegasi dari Jepun
Abang Gee : Pengurus pasukan Boria
Wan Raja : Pengedar dadah
Ropie : Taukeh Warung
Bell Ngasri : Tok Penghulu
Kumpulan Kiut : Orang orang kampung
Abu Mamu : Orang orang kampung
Lanun : Orang orang kampung
Azharina : Penyanyi terkenal yang datang ke Cherok Tok Kun untuk ke rumah mertua Pengurus dan rakannya, Jojie
Jojie : Pengurus serta rakan Azharina dan membawa Azharina pulang ke kampung Cherok Tok Kun rumah mertuanya
Dylea : Anak gadis kampung dan anak Tok Penghulu

Dibawakan oleh
Atlas One Events Sdn Bhd
Resdongs Entertainment
Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT

Rakan Strategik
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu & Warisan
 Pemadam Negeri Selangor
Pemadam Pulau Pinang
FUFC The Fighters