CONCERT AZHARINA : QUEEN OF SOUL

Azharina Azhar adalah satu nama yang tidak asing lagi untuk seluruh rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei. Hampir 18 tahun Azharina telah berkecimpung didalam dunia nyanyian dan kejayaannya merangkul gelaran Juara Bintang RTM pada tahun 2001 dan seterusnya Juara edisi Gegar Vaganza 2016 telah mengukuhkan lagi nama Azharina di persada muzika tanahair. Sejak dari hari pertama menceburi bidang nyanyian, Azharina telah menyertai sejumlah 108 pertandingan nyanyian dan memenangi 105 darinya.

Untuk makluman, Azharina juga pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik di luar negara pada suatu ketika dahulu. Apabila keputusan SPM diumumkan, Azharina mendapat kelulusan yang cemerlang sehingga ditawarkan biasiswa oleh kerajaan negeri Sabah untuk melanjutkan pengajian di New York University dalam bidang muzik tetapi terpaksa menolak diatas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Azharina dikategorikan diantara penyanyi terbaik tanahair dan beliau adalah seorang penyanyi yang mempunyai jenis vokal : Full-Lyric Soprano dan julat vokal: 2 Oktaf 5 nota dan separa nada (Eb3-C6). Rata rata peminat menobatkan Azharina selaku Queen of Soul Malaysia memandangkan keunikan vokal dan energi persembahannya ketika di pentas.

Sudah lama Azharina mengimpikan untuk mengadakan konsert solonya dan akhirnya ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Concert Azharina : Queen of Soul akan dibawakan oleh Atlas One Events Sdn Bhd, Azharina Entertainment dan Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT bersama sama rakan strategik iaitu Pemadam Negeri Selangor, Kelab Sukan dan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan FUFC The Fighters.

Konsert selama dua jam ini bakal menyaksikan Azharina menyampaikan lagu lagu hitsnya seperti Elegi Sepi, Rawan, Seandainya, Sekian Terima Kasih, Lakar Janji dan lain lain lagi. Azharina juga bakal diiringi oleh kumpulan okestra dan koir untuk melahirkan alunan muzik istimewa untuk para penonton yang hadir pada malam tersebut. Selain dari okestra dan koir, Azharina juga akan diiringi oleh penari penari profesional. Dianggarkan seramai 900 penonton bakal memenuhi setiap ruang Teater Shah Alam dan setakat ini, hampir 200 tiket telah pun ditempah.

Concert Azharina : Queen of Soul yang julung julung kali bakal diadakan ini juga akan membawa mesej anti dadah disepanjang kempen promosinya. Masyarakat diluar sana terutama para remaja perlu diberi pendedahan dari setiap sudut dan peluang tentang bahayanya najis dadah. Sesunggunya sang juara tidak perlukan dadah.

#concertazharina #queenofsoul #juaratidakperlukandadah

TARIKH, LOKASI & MASA

Tarikh : 29 June 2019 (Sabtu)
Lokasi : Teater Shah Alam
Masa : 8.30 malam

HARGA DAN PEMBELIAN TIKET 

Harga Tiket
RM 288 (tiket VIP termasuk tshirt Azharina Angels dan Meet & Greet bersama Azharina)
RM 188 (tiket kategori A – free seating)
RM 158 (tiket kategori B – free seating)
RM 108 (tiket Kategori C – free seating)

Telefon / Whatsapp No
010 7616844
012 250 0101


Pelan Tempat Duduk

PENGURUSAN

Dibawakan oleh
Atlas One Events Sdn Bhd
Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT

Rakan Strategik
Kelab Sukan dan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya
 Pemadam Negeri Selangor
FUFC The Fighters